WELCOME ! 2 my webpages!

Hi !  everybody !   Welcome to my blogs:

                                  YOUTUBE:  Pls Do Comment My Video Clips: http://www.youtube.com ( Search: nasharrawy )
                                                                i )   http://www.nashsisepuluh.spaces.live.com  (  International  )
                                                                               Pls go 2  my skydrive! ( click : Nash Ar-Rawy )  Thanks !

                                                                      OR    http://www.nasharrawy.webs.com      tq

                                                               ii )    http://www.nasharrawy.blogspot.com  (  Local  )
                                                              iii )     http://www.nasharrawy.wordpress.com  (  Sufism )
                                                               iv)              Pls go 2 :  http://www.  al-islam.com

                                                               v)      http://www.ureka.asia   (Freelancer guest writer )

                                                                       Be free 2 Ym Chat or Email :  nasharrawy@yahoo.com   tq

                                                                       Peace!  Lovable !  Rejoice !   Salaam

                                                                              

 

Kemanusiaan

Jul 13th, 2009 | By webmaster | Category: Penulis Tamu, nash ar-rawy  (  www.perakexpress.com )

Oleh: Nash Ar-Rawy

Kemanusiaan adalah aspek esensi untuk kesejahteraan hidup dan penghidupan manusia itu sendiri selaku penghuni ‘ domain ‘ dan makhluk berpolitik di muka bumi ini.Asas kemanusiaan yang fundamental dan terpenting demi untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat tinggal yang aman damai dan sejahtera kepada semua kaum , kumpulan etnik , bangsa dan penganut agama adalah kasih sayang sesama manusia dan saling bantu membantu, cukup-mencukupi , penuh memenuhi dan lengkap –melengkapi sesama sendiri .Lantaran menjadikan dunia ini sebagai ‘ The best place to live in and suffice for all “( Tempat yang paling selesa dan mencukupi untuk semua )

Bersesuaian dengan sifat yang empunya global iaitu; Ar- Rahman dan Ar-Rahim yakni Yang Maha Pengasih lagi Yang Maha Penyayang. Maka untuk mendekati frekuensinya selaku khalifah di muka bumi demi untuk perlaksanaan tugas-tugas hamba; . manusia juga perlu bisa juga memiliki kualiti tersebut yang mengasihi dan menyayangi sesama species ‘ homo-sapien “( insan ) .

Semua manusia berasal daripada Tuhan yang satu yakni daripada elemen roh ciptaan yang empunya global sebagaimana firmanullahu “ Aku tiupkan roh daripada ciptaan ku ke tubuh nabi Adam “. dan ayat yang bermasksud “ Bertakwalah kamu yang menjadikan kamu dari diri yang satu “( Suratul Nisa’ : ayat 1 ). Manusia semua berasal daripada moyang yang satu , iaitu , Adam dan Hawa . Ini bererti manusia semua adalah adik beradik dan bersaudara .; satu nyawa , satu jiwa dan satu nafas sebenarnya.

Maka, apa perlunya bisa ada semangat , perasaan dan fahaman perkauman dalam diri manusia. Ini adalah kejahatan yang merosakkan tamaddun manusia dan kemanusiaan itu sendiri yang memporakperandakan alam maya ini dengan peperangan, permusuhan, perseruan dan ‘hostile’ yang berlaku di mana –mana jua.

Sebagai anologi, doktor tiada bertanya kamu bangsa Cinakah, Melayu atau India? Atau agama buddhistkah , Islam atau kristian sewaktu transfusi darah ( ‘ blood transfusion’) hendak dilaksanakan..

Akan tetapi, yang paling esensi sekali adalah jenis darah kamu dari kumpulan mana? ‘ A’ , ‘B’ . ‘ AB ‘ atau ‘O’ kerna nyawa manusia yang sedang kritikal perlu segera diselamatkan.Artinya, keamanusiaan itu sebenarnya dari darah yang sama tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama dan tiada batasan geografi samasekali.Secara verbal manusia semuanya adalah ‘ blood brothers ‘ dan bersaudara.

Aspek tauhid dan agama adalah hak masing-masing untuk memilih kerna yang empunya global sendiri mengesahkan di dalam kitabullah, “ La iqra ha fiddeen “ ( Tiada paksaaan di dalam agama ) kerna para daie hanya bisa berdakwah sedangkan yang membuka pintu hati adalah yang empunya global itu sendiri.

Manusia yang jahat, korupsi, dan tiada jujur dan amanah ada di mana –mana . Ada pada bangsa Melayu, Cina dan India. Ada di dalam surau , masjid, tokong, gereja , kuil, parlimen , pejabat swasta dan kerajaan tanpa mengira ras( kaum) dan anutan agama.

Justeru itu, ada amil dan pengarah Jabatan Zakat yang songlap wang zakat ! Ada guru qur’an yang memperkosa anak muridnya. Ada Al – Hafis yang sodomi ( liwat ) dan sebagainya. Yang penting sekali, berilmu dan beramal soleh bukan beramal syaitan dan selalu jujur dan istiqamah meniru stail nabi ; iaitu, sidek, amanah, tabligh, fananah. Ada orang bukan Islam yang berperangai dengan sifat yang baik dan mahmudah , cuma belum lagi sampai hidayah dan ada di kalangan orang Islam yang ketara sekali PHDnya dan tertera sifat atau perangai yang keji atau mazmumah seperti hasad dengaki , ego, ria’, takabur dan adu-domba; tanpa disedari itu adalah amalan syirik kafi mengkafi ( halus tersembunyi ) kerna dari species manusia yang bertuhankan diri. .

Siapa itu ‘azazil’ yang pernah seketika dahulu menjadi “tok guru’ dilangit yang dipergurui oleh sekelian para malaikat yang kemudiannya kantoi menjadi ‘iblis’ kerna mengkufuri perintah yang empunya global !. Ternyata ilmu tiada bisa menyelamatkan manusia selagi bertuhan kepada ilmu dan tiada bertauhid kepada yang empunya ilmu .Ini bererti , kejahatan itu bisa berlaku di mana-mana dan kebaikan serta kebajikan itu juga bisa berada di mana-mana jua. Pokoknya, tepuk dada tanya iman

Ukuran warna kulit,dan fahaman politik perkauman tiada bisa lagi dijadikan platform perjuangan kerna bisa memusnahkan kemanusiaan. Keadilan mestilah bisa diberikan kepada semua manusia berasaskan kepada kriteria keperluan bukan perkauman.

Sebagai anologi, bot besar di laut luas di berikan kepada manusia nelayan, bukannya kepada manusia petani atau penternak kerna itu bukannya keperluan bagi mereka .

Justeru itu , bantuan yang berasaskan budaya kronisma dan monopoli yang mengkayakan manusia yang tertentu sahaja dan mempertidakkan hak orang yang sepatutnya di bantu kerna bukan kroni adalah gejala kerosakan kemanusiaan yang menyebabkan perpecahan sesama manusia kerna hilangnya sifat belas kasihan kepada golongan marhein kerna rakus dengan kebendaan dan keduniaan tanpa segan silu merampas hak orang lain yang memerlukan.

Manusia yang tiada tanah untuk mendirikan rumah secara legal dan merempat dinafikan hak mereka. Sedang manusia yang sudah pun memiliki tapak rumah kediaman sendiri kerna tamak dan haloba merampas hak orang yang miskin dengan menambahkan lagi harta memboloti empat atau lima keping tanah lagi dan lebih. Lantaran itu menjadi kaya raya , bongkak , ego dan rakus.

Berikan yang hak kepada manusia yang berhak tanpa mengira kaum dan agama . Yang empunya global menyatakan ,” Tiada bisa dibenarkan kekayaan sesebuah negara itu berputar di kalangan orang-orang yang tertentu sahaja” ( Maksud Qur’an ) . Artinya , manusia selaku khalifah di muka bumi ini; perlu bersikap menentang sebarang bentuk dan amalan sistem monopoli , nepotisma , kronisma dan rasuah politik agar kemanusiaan itu terbela dan tiada bisa berlaku penganiayaan sesama manusia.

Sebarang elemen yang bersifat persengketaan perkauman yang bisa mengucarkacirkan kehidupan manusia hendaklah dihakiskan sesama manusia . Kumpulan –kumpulan manusia yang perjuangannya bernaunsakan kaum( kaumiyyah ) dan bangsa atau kebangsaan ( assobiyyah ) hendaklah di nyahkan dan disingkirkan kehadiran dan ideologi mereka sepenuhnya dan putuskan sebarang talian hayat mereka di muka bumi ini kerna bumi ini kepunyaan Yang Empunya Global untuk dikongsi bersama dan dinikmati oleh sekalian manusia tanpa batasan kaum dan agama.

Manusia yang tiada punya pegangan hidup bisa menjadi lebih teruk daripada binatang yang berkaki empat atau sebaris dengan syaitan, nauzubillahiminzalik.

Yang empunya global menyatakan, “ Sesungguhnya ( wahai Muhammad ) musuh kamu yang paling nyata adalah syaitan dari kalangan manusia dan jin “ (Maksud Qur’an)

I. Justeru itu, manusia jangan jadikan iblis sebagai ‘ scape goat’ ( kambing hitam ). Tepuk dada tanyalah iman. Selamatkan kemanusiaan dengan addenul Islam , “Islam For All “ iaitu , “ Nafideenillah “ ( Mengikut cara Allah ) dengan menolak fahaman sesat sekular nasionalisma..( Parti Kebangsaan )

Tags: nash ar-rawy  (  www.nasharrawy.blogspot.com )

 

 

ke-TUHAN-an (Divinity)

Jul 16th, 2009 | By webmaster | Category: Penulis Tamu, nash ar-rawy  (  www.perakexpress.com )

Oleh: Nash Ar-Rawy

‘Dia’ tiada di luar tetapi berada di dalam diri kendiri . “Dia” tiada bisa di pegang atau disentuh , kerna ‘Dia’ tiada berupa atau berbentuk ( ‘shapeless ‘ and ‘ formless’) ‘timeless’ , ‘nothingness’ and ‘emptiness’ ‘infinity’; jitu didalam diri. ‘Dia” dirasai, rasa, merasa dan terasa di dalam frekuensi “Dia” di dalam diri. (HIS Kingdom is WITHIN you ). Justeru itu, kebahagian yang dicari ada di dalam yang hidup di luar semuanya MATI ! kerna frekuensi ‘Dia ‘ Yang Maha Sejahtera Yang Maha Pengasih Penyayang.

“Contact point “ Dia . Aku ialah yang berasal dari ‘ Dia’sendiri ‘OF HIM’ but not HIM iaitu roh ciptaan ‘Dia’ yang ditiupkan ke dalam tubuh nabi Adam. “ Ya haiyum ya qhoiyum “ Dia yang Maha Hidup lagi Menghidupkan . “ Nurun ‘ala nurin yah dil lahu linurihi maiyasya’ “( Anur: ayat 35 : Cahaya di dalam cahaya diberikan kepada sesiapa yang aku kehendaki .) Tetapi jangan bertuhankan cahaya kerna itu bukan ‘Dia’ Cuma cahaya dalam cahaya . Melalui cahaya menemui yang empunya cahaya.

Akan tetapi, ‘Dia’ yang empunya nur, yang empunya roh, yang empunya diri, yang empuya nyawa, yang empunya nafas, yang empuya rezeki , yang empunya pangkat dan kedudukan dan yang empunya segala.

‘Dia’ yang empunya i) Diri yang terdiri ( Roh jasad, mental ) ii) Diri yang terperi ( Roh ) dan iii) Diri yang sebenarnya diri ( Aku yakni Dia ).Namun tauhid itu sendiri ialah tiada syirik kepada ‘Dia’ dan tiada bisa bertuhankan diri atau roh. atau kalimah.

Untuk duduk di dalam frekuensi ‘Dia’, diri hendaklah bisa di tenggelamkan (Convertion) pada frekuensi “ Dia “ pada hakikatnya ‘ Selfless’ ( Hapus Aku ) “ La mauwud bil hakki ilallah “ ( Tiada yang wujud yang berhak hanyalah Allah ).Tauhidul makrifah. Hapus diri dan konversi diri pada frekuensi ‘Dia’ ( zu’ annihilated)

‘Dia “ tiada bisa dinyatakan dalam ilmu kerna dia bukan objek yang bisa di lihat tetapi ‘ beyond all sciences’ tetapi ‘Dia ; bisa ada di dalam frekuensi rasa bagi sesiapa yang dianugerahinya : merasainya . Rasa tiada bisa di sainstifikkan kerna mahu rasa sedapnya kopi ‘cow’ tiada bisa pindah teknologi tetapi hanya rasa sendiri bukan dengan ilmu bancuhan kopi i) Ilmu yakin atau melihat kopi ii) ainul yakin tetapi dengan meminumnya dan merasai ni’matnya sendiri iii) hakkul yakin dan iv ) Kemalatul Yakin ( Kesempurnaan Yakin ) ; dan v) Aku ‘Dia’ dalam ;Dia ‘Aku” Hanya ‘Dia’ yang wujud.

‘Aku” dalam “aku “ Aku yang ghaib tenggelam di dalam “aku” yang ghaib : Batin ku , di dalam batin, di dalam batin yang tiada bisa diceritakan kerna di luar ilmu dan merupakan pengalaman peribadi anugerah daripada ‘Dia” ; Aku berikan kepada sesiapa yang aku kehendaki ( “ yah dillahu linurihi maiyasya” ).lantaran menjadi ‘ selfless’ kerna tiada bisa yang ada, yang ada melainkan ‘Dia “ Yakni, bukankah “ firman dia” yang menyatakan “ lahu kun fayakun “ ( surah yasin dua ayat yang terakhir ) ‘Dia’ bukan firman ( ‘word’) tetapi yang empunya firman ( ‘Master of say bukan say ‘ )

Seandainya ‘Dia’ tiada berfirman masakan bisa ada manusia yang akan panggilnya Tuhan, God atau apa nama sekalipun kerna ‘ Dia’ sebenarnya “ Dia” yang tiada bernama ( ‘ The nameless one ‘ ) Justeru, masakan ada Malaikat dan syaitan serta keseluruhan ciptaannya seluruh universe ini. Pada hakikatnya ‘ Dia’ yang “Se’ dan yang Maha Esa.; Tauhidul zat, sifat asma; af’al dan makrifah.(‘actuality’)

“Dia” ada ( pada frekuensi rasa ) tapi tiada ( tiada pada rupa dan bentuk ) , Ada tapi tiada, Tiada tapi ada . Jauh tiada berantara , dekat tiada bersempadan kerna dia ‘spaceles’ dan ‘ timeless’ . tiada bertempat dan tiada berwaktu . “Dia’ ada di mana –mana jua.” wahuwa ma’akum ainama kuntun” maksud Qur’an ( Aku berada di mana kamu berada )

Tiada tergerak sesuatu sebesar zarah kecuali dengan izinnya i) ilahul hak ( Izin dalam redha bagi amalan soleh ) dan ii) ilahul batil ( Izin dalam murka jika beramal maksiat ) kerna ‘ Dia’ tiada bisa menzalimi hambanya . “ Sesungguhnya aku tiada bisa menzalimi hamba ku walau sebesar zarah sekalipun “ ( maksud Qur’an ) dan “Aku mengharamkan diri aku melakukan kezaliman ke atas hamba-hamba ku dan aku tiada mahu manusia sesama manusia melakukan kezaliman sesama sendiri “ ( Maksud Al-hadis ). “ Barang siapa yang berjalan di muka bumi ini dengan sombong dan bongkak tidak bisa cium bau surga ( maksud Al –hadis ) kerna “ kerna kesombongan dan kebanggaan itu pakaian aku dan barang siapa yang memakainya akan di campak ke dalam neraka (maksud Al Hadis Qudsi) Bukankah ‘Dia’ yang empunya global ! Dalam universe manusia tiada wujud(‘minute’ even the earth is not even a dot ! So, who in actuality /hakikah exists ! )

Ternyatalah orang yang sombong dan bongkak itu telah melakukan syirik kafi lagi mengkafi ( halus lagi menghalus ) kerna melakukan syirik yang tersembunyi termasuklah mereka yang ria’ takabur, ego dan ‘arrogant.’ Kerna bertuhankan diri/nafsu.

Dengan menjadi ‘Selfless” ( hapus aku) adalah pencapaian tauhid yang terbaik kerna penyerahan total kepada :’Dia’ zahir dan batin kerna ‘ wama romaita izromaita wala kinnallah haroma “ maksud Qur’an ( Wahai Muhammad bukan kamu yang membaling tetapi ‘tangan’ aku yang membaling ) dan “ qolakokum wama ta’malun” ( Sesungguhnya aku yang menciptakan kamu dan segala perbuatan kamu ) kerna perserahan diri ( ‘Selfless’) kepada ‘Dia’ bukan sewaktu kemalangan atau kecemasan tetapi dengan “ Bismil lahi walhamduli lahi” ( maksud Al-Hadis ) segala perbuatan sejak azali dan awalan dan permulaan segala ikhtiar dan doa sudah pun di serahkan awal-awal lagi bukan bila tersempit baru bisa mencari ‘Dia’., Perhambaan dan selaku ‘Haprak’ di sisinya kerna manusia tiada memiliki apa –apa pun kecuali dimiliki oleh “Dia’ yang empunya segala.dari mula hingga akhir, zahir dan batin , luar dan dalam semuanya kepunyaan ‘Dia’, Ternyata dalam frekuensi ke-Tuhan-an berlaku HAPUS DIRI baru bisa ‘Se’ ( ‘Selfless’) Mardhatillah ‘Dia’ yang dicari bukan keredhaan manusia.

Pinta kepada ‘Dia’ yang empunya kata kun yang empunya firman ( ‘words’) .Pada hahikatnya diri adalah ‘alfatihah’ kerna Aisyah menyatakan Muhammad adalah Al-Qur’an yang bergerak , yang berjalan ( The walking Qur’an ) Diperhalusi dalam Alfatihah itu adalah Bismillah , Dalam Bismillah itu ada ‘Ba” dan dalam ‘Ba” itu ada ‘Titik”sebagai nuklias . Dari titik itu jadinya ‘Alif” dan seperti dipertegaskan di dalam Al –Qur’an Alif Lam Mim, zalikallita bula roibafi hi hudallil muttakin Justeru , sewaktu berdiri hakikahnya Alif , sewaktu ruku’ hakikahnya Lam dan sewaktu sujud hakikahnya adalah Mim. Artinya selain solat 5 waktu orang mukmin senantiasa ‘Solatun Daimun ‘ maksud Qur’an ( kekal dalam Solat ).’Sesungguhnya gerak kamu dari kalangan orang yg sujud “( “ wataqollubaka fissajidin “ Al-Qur’an ) Yang ada hanyalah Kalimah dan yang empunya kalimah.

‘Dia’ tiada i) huruf ii) suara iii) ruang iv) waktu v) ilmu vi) amal vii) awal viii) akhir ix) zahir x) batin . “ Dia “ ‘beyond science ‘ ( The Existance of None but exists ) “Kewujudan Tiada” ; hanya bisa dalam zu’ ( ‘cognative annihilated ecstasy’) dalam frekuensi ‘Dia” dalam rasa, merasa dan terasa bagi yang merasainya. Namun , tiada bisa menjadi ‘Dia; anologinya : sehelai daun dari pokok tetapi tidak bisa jadinya pokok. “ A ship in the ocean , an ocean in the ship “ One in all . all in one ‘ Microcosmo is the containment of macro cosmo . Satu dalam semua , semua dalam satu , itulah hakikah “Se’ dan hakikah tauhid sebenarnya “Se’ dalam zahir batin. Awal akhir dan senantiasa konsisten dengan ‘Solatun Daimun” kekal dengan nya ‘fissajidin(mim) ‘ InsyaAlla Hu Ta’ala.

Tags: nash ar-rawy(  www.nasharrawy.blogspot.com )   (www.nasharrawy.wordpress.com )

 

 

 


Rukun Wajib, Hakikat Saja

Aug 11th, 2009 | By webmaster | Category: Team PerakExpress, nash ar-rawy  (  www.perakexpress.com )

Oleh : Nash Ar-Rawy

Rukun Islam mempunyai lima perkara. Mengucap dua kalimah syahadah ( syahadatain ), Solat , Puasa , Zakat Fitrah dan Haji. Semua perintah Tuhan itu adalah wajib dilaksanakan . Namun pada hakikahnya adalah saja sahaja. Iaitu , amalan soleh yang dilakukan; saja ikhlas kerna ‘ Dia’ bukan dek kerna sesuatu atau kerna bermotifkan syurga , takutkan neraka atau kerna mahu pahala dan takutkan dosa . Tetapi, saja dilakukan kerna Yang Empunya Syurga dan Neraka dan tiada dek kerna apa- apa kepentingan. Syurga adalah ciptaan ‘Dia’ , Jika amalan soleh kerna syurga bermakna amalan segala rukun Islam itu adalah kerna ciptaannya bukan kerna ‘Dia’ yakni, bukan kerna Yang Maha Pencipta, Tidakkah anda berada dalam syirk kahfi lagi mengkahfi yakni, syirik yang halus lagi menghalusi. Apakah benarkah anda bertauhidkan ‘Dia” ?

Firmanul Lahu : : ‘waqhosyiar rahma nabil ghoib” ( Dan IKHLAS kerna Yang Maha Ghaib )Yasin: 11. Semua amalan rukun Islam dengan sendirinya terbatal jika dilakukan tiada ikhlas kerna “Dia’ tetapi kerna ‘ Ada udang di sebalik ‘ mee seperti dek kerna syurga atau pahala yakni , bukan kerna ‘Dia’ tetapi kerna ciptaan ‘Dia’ ( syurga ) dan kepentingan pahala. Bagaimana jika tiada syurga atau pahala ! Apakah anda akan solat , puasa , sedekah dan sebagainya !. Apakah anda bertauhidkan syurga( ciptaan “ Dia’ bukan “ Dia’ sebenarnya ) atau bertuhankan Yang Empunya syurga kerna syurga adalah ciptaan ‘Dia’ bukan ‘Dia’.Apakah anda sebenarnya IKHLAS kerna ‘Dia’ bukan dek kerna sesuatu ?.

Nabi Muhammad S.A.W. adalah pembawa risalah yang betul lagi benar kerna beliau bersifat sidek( benar) amanah , tabligh dan fatanah dan semuanya itu dilakukan kerna ikhlas lil lahi Ta’ala; Risalah tauhid baginda ialah tiada syirik seratus peratus; itulah sebenarnya tauhid . Jika 99.99 peratus dan Cuma berbaki poin 1 peratus saja dikira batal tauhid dan syirik Yakni, 100% – 99.99 peratus di kira KOSONG yakni batal terus tauhid, tiada maaf bagi mu kerna syrik adalah dosa yang tidak bisa diampun ‘Dia” kerna tauhid bukannya ikut-ikut orang tetapi hakkul yakin dan kemalatul ( kesempurnaan ) yakin yang totok ; tanpa bisa ada kompromi samasekali tiada bisa menyengurtukan ‘Dia’.

Syahadatain, adalah keyakinan dalaman ( kemalatul yakin ) yang menguasai luaran, perbuatan, pengakuan dan i’tikad yang bukan dibuat-buat, lakunan atau ikutan tetapi, persis kerna kesempurnaan keyakinan yang jitu di dalam. Justeru itu, ‘ Dia’ berfirman . “

La iqra hafiddin “ ( Tiada paksaan dalam agama ) : Maksud Qur’an . Artinya, rukun dibuat bukannya kerna digula-gulakan dengan tawaran syurga dan bidadari . Tetapi , justeru saja kerna Dia” yakni , Islam yang bermaksud : Perserahan diri kepada ‘Dia” secara total zahir dan batin , luar dan dalam 100% totok dan mutlak ‘ semata-mata saja kerna ‘Dia’( Islam ) ; bukan dek kerna sesuatu atau apa-apa kepentingan atau suapan kerna syurga itu urusan ‘Dia’ dan milik ‘Dia’ semata dan kamu hanyalah ‘Si Haprak’ yang tidak bisa memiliki apa-apa dan jika dikira nilai sebiji mata ini pun tidak bisa di bayar dengan amalan kamu seumur hidup ! Bukankah begitu !

Justeru, masuk syurga jika kerna amalan kamu yang dirasa terlalu banyak dan ‘Dia’ mesti masukkan kamu ke dalam syurga; sedangkan ni’mat sebelah mata pun kamu tidak bisa membayarnya . Apakah kamu yang mencipta syurga dan milik kamu atau ‘Dia’ yang empunya syurga atau syurga itu tok kamu yang punya. ‘Dia” sebenarnya melihat hakikat amalan kamu itu; apakah kerna ria’, takabur , ‘ujud ( kekaguman kepada kehebatan diri sendiri yang sebenarnya tidak ada apa ; kerna ‘Dia” adalah Yang Maha Hebat! ) Tidakkah itu semua syirik kahfi mengkahfi ; halus lagi menghalusi dan terbatal segala amalan justeru kerna syirik kepada ‘Dia’ ; dosa yang tidak bisa diampun ‘Dia’.

Firmanul lahu “ Fawailullil musollin” ( Masukke neraka veil orang yang solat kerna lalai ) justeru kerna batin amalan itu syirik kahfi walaupun zahir nya kelihatan baik dan dihias cantik . Tetapi , di dalamnya ( amalan batin ) terlalu kotor dan jijik justeru kerna syirik kahfi yakni ; berhala dalam diri , nafsu yang tersembunyi : Tepuk dada tanyai diri anda; betul atau tidak? , benar atau salah ? ‘ ; kerna ‘Dia’ tahu dan melihat apa yang ada di dalam hati kamu ( amalan batin kamu ) dan pasti tidak bisa tertipu atau ditipu dengan hiasan luaran ; pakaian indah yang menyembunyikan diri kamu yang sebenar.

Tahukah kamu di dalam neraka, ada neraka yang neraka lain yang di sekitarnya amat takut sekali berjiran dengannya , kerna kepanasannya itu neraka sendiri pun terlalu takut dengannya. Kerna neraka itu adalah tempatnya terkumpul semua manusia yang hebat-hebat belaka , ternama , masyhur dan terkenal seantero dunia . Terdiri daripada para Al – hafis, ustaz, guru, ulamak, pejuang Islam , ahli sedekah, dermawan, penulis, karyawan, dan sebagainya . Tetapi , sayang sekali, segala amalan mereka itu hanya salutannya sahaja tetapi , di dalamnya rupa-rupa nya ada berhala dan nafsu yang tersembunyi ; iaitulah SYIRIK KAHFI LAGI MENGKAHFI kerna mahu gelaran( ‘Title’) mahu nama, mahu dipuji , mahu di angkat dan disanjung, ria’ , takabur, ego , sombong dengan ilmu terasa hebat kagum kepada kehebatan diri sendiri ( ‘ujud”) : bukankah itu semua ‘ BERTUHANKAN DIRI SENDIRI. na’uzubil lahi minzalik.

Berpuasa hanya bisa dapat dahaga dan lapar kerna memberi orang makan buka puasa ( more ) kerna mahu namanya ditulis di ‘white –board’ bukan kerna ‘Dia’ . Mengerjakan haji kerna mahukan “ Title” haji bukan kerna ‘Dia’ dan membayar zakat fitrah dengan rungutan di dalam hati yang bisa didengarinya ; yakni. bukan kerna ‘ Dia’

Memang Rukun Islam itu wajib , tetapi hakikatnya SAJA. Yakni, menyempurnakan semua rukun tersebut saja kerna ‘Dia’ bukan dek kerna sesuatu 100 % tanpa apa-apa kepentingan samasekali kerna kamu hanya ‘Si Haprak”. Apa yang hendak di pandangnya kamu . Jika tiada amalan dalaman yang berjenama syirik kahfi lagi mengkahfi ; halus lagi menghalusi. InsyaAllah Hu Ta’ala , Hati itu , ‘Rumah Muhammad’ ( Qolbun Salim ) dan tuanpunya rumah itu adalah “Lahu Qolbun” ( ‘Hati” “Dia” ) alias “ Istana ‘Dia’ ) bukannya berhala ( bertuhankan diri atau nafsu yang tersembunyi ) justeru kerna perlakuan dalaman yang berjenama syirik kahfi lagi mengkahfi. Justeru itu, hapuskanlah ‘Aku” yakni, berhala di dalam diri . Runtuhkan berhala ( destroy the temple ) di dalam diri kamu itu dan menjadi ‘SELFLESS” tanpa sebarang kepentingan diri dan ‘Hapus Diri “ di dalam ‘SE” . Hanya ‘Dia’ zat wajibal wujud . kerna tiada bisa ada dua ‘Se” supaya Insya Allahu ‘ Kadim puji Kadin’ ( ‘Dia’ puji dirinya sendiri ) bukan lagi muhadas yang bersifat baharu yang memuji kadim yang kekal. ; di dalam solat dan senantiasa di dalam solatun daimun ( Kekal dalam solat ) yakni , mengingati ‘Dia’ .Firmanul lahu .” Wa aqimissola talizikri “ ( Dan mendirikan solat kerna mengingati “Dia’ selalu ).

Justeru kerna ‘wujud’ kamu adalah wujud jais yakni ada pun tak pa , tak ada pun tak pa ( harus sahaja bukannya wajib ) kerna kamu tidak penting samasekali buat ‘Dia’. Hanya dengan rahmat ‘Dia’. kurnia ( anugerah ) “ Dia’ dan Nur ‘ Dia’saja : anda di masukkan di tempat rahmah ‘Dia” ( Syurga ). Justeru itu , banyaklah pinta ampun akan diri anda sendiri kerna Rasulullahi pun bisa istighfar sebanyak minima 70 hingga 100 kali sehari; sekalipun baginda di jamin rahmat ‘Dia” kerna takut jatuh syirik kahfi yakni, ‘Berhala dalam diri’ kesan daripada nafsu yang tersembunyi,. di dalam diri ; nau’zubil lahi minzalik. InsyaAllahu amalan dalaman dan luaran sama-sama bersih kerna lahir daripada hati yang bersih , suci murni ; melaksana rukun bukan kerna wajib tetapi memang saja ikhlas kerna ‘Dia’, Justeru , kerna manifestasi amalan batin dan amalan zahir yang bersyukur selalu di atas segala ni’mat kurnia ‘Dia”.dan ‘BUKAN DEK KERNA SESUATU supaya 100% tidak syirik . Itulah risalah TAUHID yang di bawa oleh Rasulullahi S.A.W. ; betul lagi benar.

Tags: ( www.nasharrawy.blogspot.com )


Sesuai untuk paparan di Mozilla Firefox dan di resolusi skrin 1280×768.

Ilham

Jul 21st, 2009 | By webmaster | Category: Penulis Tamu, Team PerakExpress, nash ar-rawy : www.perakexpress.com 

Oleh : Nash Ar-Rawy

Manusia tiada upaya mencari jalan keluar dalam menangani apa-apa
problema hidup jika tidak dengan ilham daripada yang empunya firman
iaitu ; firmanul lahu ( Firman ‘Dia”) atau kalamul lahu ( Kalam ‘Dia”)
yang Maha Pengasih lagi yang Maha Penyayang; membimbing manusia. .” Dan
barang siapa yang berusaha dan bersungguh-sungguh di jalan kami,
pastinya kami bisa pimpin mereka kapada jalan kami” Maksud Qur’an (
Surah Ankabut: 69 ) ‘ Justeru kerna , “Dia” yang menyatakannya “ Lahu
kun fayakaun “.( Dua ayat sebelum akhir surah yasin )

Yang empunya kata kun itulah ( “Master of say” ) sahaja yang bisa
melakukannya. kerna kontak manusia dengan ‘Dia’ adalah melalui ilham
secara langsung daripadanya tanpa disedari oleh manusia itu sendiri
‘kehadirannya’ di dalam kalbu memberikan inspirasi . Apabila manusia
itu tiada lagi ‘ Body ‘, ‘ Mind’, and ‘Soul’. Yakni, dalam keadaan
‘Selfless’ mematikan dirinya setelah perserahan total kepada yang
empunya firman yang berlaku pada ‘ The living person’ di dalam
(Insider) bukannya ‘ The dead person” di luar ( Outsider ).
Kehadirannya di dalam hati yang disebut Qur’an sebagai Qolbun Salim(
Surah Saffat: 84 ) dan Lahu Qolbun ( Istana ‘Dia’) bukannya “ Istana
iblis” apabila si hamba yang haprak itu benar-benar zakirin, zakirat
yang tidak bisa lupa diri . Kerna jika “aku-diri” itu yang disangka
hebat ; itulah nafsu yang tersebunyi atau syirik kafi dengan keegoan .
bongkak dan kesombongan.

Justeru kerana ‘Dia’ lah guru segala guru yang sebenarnya , yang
setiap detik mengajar manusia bukan secara tertonggok . Tetapi secara
langsung yakni Ilham atau mimpi atau melalui isteri, anak-anak atau
rakan-rakan atau di atas sesuatu kejadian yang berlaku. Jika manusia
mengambil i’tibar daripadanya kerna “Dia’ yang sebenarnya sedang
mengajar kamu secara sedar ; bukan ‘menurun’. Tetapi kamu pula yang
tidak bisa sedar akannya; cukup malang sekali tidak bisa merasainya dan
melihatnya kerna hijab itu adalah diri kamu itu sendiri yang tidak bisa
sensitif dan observasi akan kehadirannya di dalam diri ,” ‘Dia”
sembunyi di dalam terang.kerna ‘ Dia’ ‘shapeless” ‘formless’ : Kosong
semata-mata ( ‘emptiness) maka diri juga bisa kosong untuk masuk
frekuensi ‘Dia” iaitu: “ Jauh tidak berantara, dekat tiadak bersempadan
‘ Yakni, “Ketiadaan Ada” atau “ The Existance Of None” : ‘Noneness ‘ ‘
Nothingness’ .Namun, dalam kekosongan dan ‘infinity’ itu , “Dia” bisa
saja berfiman “ Kun fayakun” ertinya bisa kembali kepada frekuensi(
wasilah ) “ Dia’ yang original sebelum wujud alam maya ini lagi ( ‘Loh
Kun’ ) “ Now and Forever”.

Bukankah yang empunya firman menyatakan, “ ‘allamal insa na malam
ya’lam “ ( Sesungguhnya Akulah yang mengajar manusia akan perkara yang
tidak pernah di ketahuinya ) : Suratul ‘alaq: ayat 5 . ii) “ Then he
inspired it ( with the knowledge of ) what is wrong for it and what is
right for it’ ( Suratul shams: ayat 8 ) seperti solat sunat istiqarah
yang dilakukan. iii) “ Wallah Hu qolakolum wama ta’ malun” ( Allah Hu
yang mencipta kamu dan segala perbuatan kamu ) : Saffat: 96 . Alangkah
baiknya jika semua masjid dan musolla di dunia ini, pada setiap waktu
selepas solat sunat maghrib melakukan solat sunat hajat. Pasti ramai
yang bisa ‘tumpang sekaki’ kerna hajat masing-masing malu diceritakan.
Justeru kerna mahu berimam , tak bisa bikin sendiri. Bukankah itu lebih
baik daripada menghabiskan kopi . Semua umat Islam sedunia bisa
mendapat munafaat daripadanya dan menyelesaikan problema ummah setiap
hari pinta pada yang empunya firman. InsyaAllah masjid bisa diimarahkan
jika ianyanya dijadikan agenda tetap masjid.

Manusia, masakan bisa mencipta atau menulis , mengarang, melukis ,
mengajar dan berkarya kerna sebenarnya ‘Dia’ yang memberikan ilham
kepada kamu untuk melakukan itu semua ! Bukanlah terbukti ‘Dia’ adalah
‘Guru segala guru”;

Yang Maha Pencipta alam semesta ini kerna “Dia’ yang empunya ilmu
yang mengajar kamu sepanjang masa jika kamu menyedarinya; dalam
senantiasa berhubungan dengannya sepanjang masa melalui ilham daripada
‘Dia’. ‘Dia’ juga yang empunya ilmu laduni yang diberikan kepada
sesiapa yang dikehendakinya asal sahaja perserahan diri kamu itu total
, hati yang bersih dan bertuhankan yang empunya ilmu bukan kepada ilmu.

Justeru kerna, ilmu tidak bisa menyelamatkan kamu, kecuali jika kamu
bertauhid kepada yang empunya ilmu. Contohnya, azazil yang dipergurui
oleh para malaikat kantoi kerena lupa kepada yang empunya ilmu yang
bisa menyelamatkan bukan ilmu . Justeru orang yang merasakan dirinya
hebat dan pintar serta memandang orang lain semuanya rendah belaka.;
sebenarnya manusia yang paling bodoh sekali di dalam dunia kerna yang
Maha hebat dan Maha Bijaksana adalah “Dia” yang empunya ilmu , sedang
kamu sebenarnya Si Haprak ! yang tidak tahu apa-apa dan tidak memiliki
apa-apa; sebaliknya dimiliki “Dia” yang empunya segala.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan bisa selalu berkomunikasi
dengan ‘Dia’ insyaAllah melalui ilham banyaklah menjadi zakirin (
lelaki) dan zakirat( perempuan) yang berzikir , mosollin, solatun
daimun , fissajidin , qolbun salim dan merendahkan diri ( hamba yang
‘humble’)kepadanya. Sebarang perlakuan anda hendaklah bukan dek kerna
sesuatu dan tidak bisa punya apa-apa kepentingan “ waqosyiarrahma nabil
ghoib “ ( ikhlas kepada yang Maha Ghaib ) : Surah Yasin: ll .

Zu’ juga adalah suatu keadaan berkomunikasi dengan Dia’ secara
‘hapus diri’ atau ‘selfless” , ‘ mindless’ bodiless’ dan ‘soulless’.
Waktu itu, bukan lagi muhadas yang berbicara dengan kadim, tetapi kadim
puji kadim . Kamu berada di suatu tempat yang tidak ada yang ada atau
‘Virtual Reality “ yakni , ‘The Unseem Truth “ in the ‘Unknown horizon
‘ tetapi di dalam keadaan anda sedar dan nampak sekeliling tetapi lihat
tanpa melihat ( ‘see without seeing ) dengar tanpa mendengar ( ‘listen
without listening’ ) dan bicara tanpa berbicara ( ‘Talk without
talking” ) bukannya ‘menurun” tetapi sedar,

ni adalah kerna komunikasi yang luar biasa ini berlaku di dalam
kerna yang ghaib sahaja yang bisa tenggelam dengan yang Maha Ghaib ) .
:’Nurun ‘ala nurun”( Cahaya dalam Cahaya ) Roh tukar ‘Channel” kepada
Rohani , kepada cahaya ., Nur Muhammad tenggelam di dalam Nurullah dan
kepada Nur zat . Namun jangan bertuhankan, diri , nyawa, nafas, roh,
dan cahaya kerna “Dia’ bukan itu semua tetapi yang empunya diri,nyawa,
nafas , roh, rohani dan nur.

Binatang pun bisa mempunyai nyawa tetapi tidak bisa ada roh .
Justeru itu, yang bisa zu’ dalam komunikasi dua hala atau ‘Bi Lateral”
itu adalah ‘ The Living Person’ yang di dalam yang bertukar kepada
rohani dan nur secara automatis dalam berinteraksi secara batin dalam
batin , Ghaib dalam Ghaib . Cahaya dalam cahaya. Namun , ‘The dead
person” yang di luar yakni, batang tubuh tiada bisa zu’ ( ‘Cognitive
annihilated ecstasy) kerna dia materi atau physique. Yang bisa kembali
kepada tanah secara fisikalnya dan Si Ghaib pula bisa kembali kepada
Yang Maha Ghaib InsyaAllahu jika bisa berlaku ‘Mati’ sebelum mati
dengan izinnya bisa berlaku sekarang . “Now and Forever” secara sedar
kerna melalui ‘Nur’ yang di dalam (‘Insider’)bukan yang di luar (
‘Outsider’) Yakni ,” being Selfless” (Hapus aku ) yang ada hanyalah “
The Supra Living Being “ yang ada sebelum alam ini ada : Yakni, Yang
Empunya Firman/’ words’ ; ( Master of say ) dahulu , sekarang dan akan
datang, yang senantiasa mengajar kamu melalui ilham . Pintalah pada
Firmanul lahu ( Firman ‘Dia’) yang empunya kata kun. Bukankah ‘Dia’
sumber inspirasi yang bisa berikan ilham kepada semut dan lebah membina
rumah. Jadikan rumah kamu ‘ Rumah Muhammad’ ( Qolbun Salim ) dan
tuanpunya rumah itu ‘ Lahu Qolbun :” ( Istana ‘ Dia’) dalam kalbu;
rasa, merasa dan terasa kehadirannya dan kalimahnya di dalam diri .
Akhirnya, yang wujud hanyalah kalimah dan yamg empunya kalimah (
‘words’) : Alif( berdiri ), Lam( Ruku’) Mim(Sujud). Dan yang empunya
kalimah ( ‘Master of words” “Master of say “ ).

Bukannya ‘Istana Iblis’ yakni ‘ Berhala dalam diri’ kerna bersada
nafsu yang tersembunyi . syirik kafi lagi mengkafi ( halus lagi
menghalus) kerna bertauhidkan diri bukan ‘SE’ pada ‘Dia’,
nauzubillahiminzalik.

Ini semua, aksi dan reaksi kerja di balik batang; sirih kembali ke
gagang yakni: jalan mahu kembali kepada ‘Dia’; mati’ sebelum mati
dengan seizin ’Dia’; kerna ‘Dia’ yang berbuat .

Tags:   (  http://www.nasharrawy.blogspot.com )

 

 

 

 

 

 

                                           PLS DO CHECK OUT MY SKYDRIVE :   NASH  AR-RAWY’S  ARTICLES      THANK U 1

 

                                                                                        AUTO-SUGGESTIONS

 

 DOA DIRI  *  ( ‘Aku’ . “Dia’ )              Oleh    Nash Ar-Rawy

                                                                                                                             (www.nashsisepuluh.spaces.live.com )

Ya  Lil Lahi ( Robbil’alameen)

          Terang Hati

           Cerdas Otak

            Tajam Pemikiran

              Cemerlang Dalam Pelajaran

                                 Dalam Iman dan Bijaksana

                                             

  AKU  SI TENANG!  SI DAMAI!   PEACE!   REJOICE !   LOVABLE !

 

                 ‘Aku’  Boleh !   InsyaAllahu!

                  ‘Aku’ Yakin Diri

                  ‘Aku’  Percaya Diri

                  ‘Aku’  Percaya Allahu

                              (  Ilmu Yakin, Ainul Yakin, Hakkul Yakin, Akmal Yakin  )

 

                ‘Aku’ dalam ‘Aku ‘ ‘Dia’  dalam “Dia’- Aku”

                  Batin dalam Batin dalam Batin

                  Si  Ghaib  dalam Ghaib  dalam Yang Maha Ghaib

                  Dalam  Frekuensi  : ‘Dia’ ‘Dia’ ‘ Dia’

                       

                                                ‘Aku ‘ Jaga Diri dan Sedar Diri

                                                ‘Aku’ Jangan Lupa Diri

                                                ‘ Aku’ Bijak Pengurusan Diri

                                                ‘ Aku’ Bijak Pengurusan Waktu

                                                ‘ Aku  Tiada Lupa Solat Waktu ( Solatun Daimin/Kekal)

                                                  Aku’ Tiada Lupa Bapa dan Ibu

 

‘Aku’ Perkemaskan Diri, Berpendirian Tetap( Istiqamah ) Bertuhankan Yang Empunya Ilmu, Yang Empunya Global, Yang Empunya Rezeki , Yang Empunya Pangkat dan Kedudukan . Aku samasekali tidak syirik kahfi lagi mengkahfi( ego, sombong, bongkak, ria’ takabur, hasad, dengki, dendam , kesumat /sifat mazmumah dan keji ) ; Yakni, berhala dalam diri . Tetapi , aku Bertuhannya Yang Empunya Ilmu , Yang Empunya Diri, Yang Empunya Nyawa , Yang Empunya Roh, Yang Empunya Nur , Yang Empunya Cahaya , Yang Empunya Rezeki, Yang Empunya Kerajaan dan Yang Empunya Segala  dan ‘Aku” tidak memiliki apa-apa sebaliknya di MILIKI ‘ Dia ‘.  Dengan tulus, mulus, ikhlas; bukan dek kerna sesuatu ( mukhlisin) ,muttakin( takwa), sobirin, (sabar). Sidiq      ( benar dan Honest) Solihan , syukur dan reda , tawakkal dan zakirin  ( sifat mahmudah , suci, murni, mulia ).”Qholakokum wamata’malun”(Aku yang mencipta kamu dan  mencipta segala perbuatan kamu) “ Wamaromaita izromaitawalakunnallaharoma”(Bukan kamu yang membaling  ( Muhammad) tapi ‘tangan ‘Aku yang membaling ) ; maksud Qur’an.

Itulah ‘Aku” apa yang ‘Aku” Fikirkan. Apa yang  ‘Aku ‘ Niatkan , Apa Yang  ‘Aku” nawaitu ; kerna tidak salah  Muhammad Rasulil Lahi  berperangai seperti manusia.          ( Muhadas/Baru Puji Kadim ( Kekal ) Tetapi kekal dalam Frekuensi ‘Dia”  No body, No Mind , No Soul ( Bodiless. Mindless, Soulless)  Kadim Puji Kadaim ; ‘Dia” puji “ Dia’              ( Hapus ‘Aku” /Selfless) zu’ cognative annihilated ectasy. ‘Dia’ dalam Frekuensi ‘Dia’  Batin dalam Batin dalam Batin, Si Ghaib dalam Ghaib dalam Yang Maha Gaib ) Kadim Puji Kadim ;  I praise myself , I bless myself (‘Dia’ puji ‘Dia’  ; wakhosyiar rohmanabil ghoib ( IKHLAS kepada Yang Maha Ghaib- Surah Yasin )

 

Advertisements

About nasharrawy

Freelancer lyricist n writer. www.nashsisepuluh.spaces.live.com www.nasharrawy.blogspot.com www.nasharrawy.webs.com www.nasharrawy.wordpress.com nasharrawy@yahoo.com ( Email ID n Ym )
This entry was posted in Computers and Internet. Bookmark the permalink.

2 Responses to WELCOME ! 2 my webpages!

  1. 刘文婷 says:

    Thanks your songs,i like it every much,!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s